Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan SEPTEMBER 2018

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti anak2 soleh solehah kita pada bulan September ;)

Pada 5hb september, anak2 telah diberi reward oleh muallimah diatas penilaian sahsiah terpuji mereka Alhamdulillah :)

Tahniah anak2! :)





Seterusnya, anak bermain permaian "Man Ana?" atau "Siapa Saya?" sambil dibantu oleh Muallimah Nadiah, Alhamdulillah, anak2 memberi kerjasama yang baik ;)

Anak2 juga belajar tentang sirah srikandi Islam iaitu Maryam, dan terdapat sesi soaljawab untuk memastikan anak2 faham tentang sirah yang muallimah sampaikan, sebagai reward, muallimah berikan popcorn kepada anak2 yang boleh menjawab soalan yang diberikan ;)

Selain itu, anak2 juga membuat art & craft berkaitan dengan haiwan liar dan haiwan jinak dalam Bahasa Arab :)

Selanjutnya, pada 23 September 2018, Haluan Insan telah melansungkan sebuah Karnival Open Day SRI Haluan Insan & Tadika Haluan Insan di Taman Tasik Cempaka :)

Alhamdulillah wa syukran lillah, majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada warga Bangi :) Walaupun hujan agak awal pada hari itu, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya buat kami ;)

Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang menghadirkan diri dan terus menerus memberi sokongan serta kepercayaan terhadap pihak kami, kami akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi segala kelemahan dan kekurangan.

Mohon maaf juga atas segala kekurangan sepanjang majlis berjalan :)

















Alhamdulillah, semoga Allah redha akan usaha kita :)

Aktiviti Taska Sepanjang Bulan SEPTEMBER 2018

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti anak2 soleh solehah kita pada bulan September :D

Anak2 soleh solehah membuat popia nestum bersama teacher, seronoknya!





Selamat ulang tahun kelahiran untuk Ahmad Ziyad :)
Semoga sentiasa menjadi anak soleh penyejuk mata dan hati umi abi ;)




Pada minggu tema kenderaan air, anak2 membuat origami kapal kertas dan bermain kapal kertas di atas air ;)

Seronok anak2 :D






Seterusnya, anak2 membuat aktiviti fizikal mengelaskan objek mengikut warna yang sama dan memasukkan bola ke dalam kotak sambil mengenalpasti warna2 bola bersama teacher :)



Alhamdulillah,
mumtaz anak2 soleh solehah THI! :)


Aktiviti Tadika Sepanjang Bulan SEPTEMBER 2018

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti anak2 soleh solehah kita pada bulan September :D

Pada 7hb September 2018, anak2 soleh solehah Tadika Haluan Insan membuat lawatan ke Petrosains, Aquaria dan Beryl's Chocolate Factory :D

Alhamdulillah, seronok betul anak2 dapat explore macam2 ye di sana :)
Banyak juga benda baru yang dapat anak2 belajar, yang penting anak2 dapat melihat ciptaan Allah yang comel2 belaka :)


















Pada keesokkan harinya, bersamaan hari sabtu, beberapa orang anak2 soleh solehah THI telah mewakilkan diri untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid & Kalam Jama'ie Bahasa Arab Tadika2 Selangor anjuran bersama RJ Muslim Centre & Pertim Selangor di Kompleks PKNS Bangi :)

Walaupun tak mendapat tempat pertama, anak2 telah lakukan sehabis baik Alhamdulillah, teacher feels so proud to all of you! :D






Seterusnya, pada 23 September 2018, Haluan Insan telah melansungkan sebuah Karnival Open Day SRI Haluan Insan & Tadika Haluan Insan di Taman Tasik Cempaka :)

Alhamdulillah wa syukran lillah, majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada warga Bangi :) Walaupun hujan agak awal pada hari itu, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya buat kami ;)

Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang menghadirkan diri dan terus menerus memberi sokongan serta kepercayaan terhadap pihak kami, kami akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi segala kelemahan dan kekurangan.

Mohon maaf juga atas segala kekurangan sepanjang majlis berjalan :)

Semoga Allah sentiasa merahmati dan redha akan segala usaha kita ;)