Latest Posts

Lawatan Ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara & Kilang Chocolate Beryl's

By April 18, 2009

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. dengan izin Allah dan berkat kasih sayang Nya, tadika telah berjaya mengadakan satu lawatan sambil belajar pada 14 April yang lalu. Dengan niat dan tujuan perjalanan ini kerana Allah dan ingin melihat dan mentadabbur alam ciptaan Nya yang ada di langit dan di bumi serta yg berada di antara dan di sebaliknya. Anak-anak semua telah dibawa untuk melawat Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara yang mana terdapat berbagai-bagai ciptaan Allah yang Maha Esa, Yang Maha Bijaksana. Di situ timbul rasa betapa hebat kekuasaan Allah memberi manusia akal dan ilham untuk mencipta sesuatu dari segala bahan yang berada di perut bumi yang telah disediakan Nya untuk manfaat manusia. "Dialah Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguhhatilah dalam beribadah kepada Nya." Maryam: 65.

0 comments