Pendaftaran 2010 dibuka sekarang.

November 20, 2009 THImedia 0 Comments

Modul yang disediakan :- 1. Menanamkan rasa keimanan dan pembentukkan sahsiah diri Islam sebenar. 2. Sistem bacaan BM, BI dan Jawi yang berkesan dan cepat. 3. Al-Quran. 4. Tubi membaca ‘1 to 1’. 5. Hafazan Surah, Hadis & Doa. 6. Creative Art & Craft – Brain Development. 7. Kinder Cooking, Kinder Gardening & Practical Life. 8. Lawatan Sambil Belajar. 9. Tayangan video mengikut tema menggunakan projektor. OBJEKTIF :  Menanamkam rasa keimanan dalam diri anak.  Membentuk peribadi dan akhlaq Islam dalam diri anak-anak.  Membina kemahiran hidup dalam diri anak-anak. SUBJEK :
1) Pengajaran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris menggunakan teknik ‘bunyi’ yang disediakan sendiri oleh pihak tadika disamping penggunaan buku Bacalah Anakku dan Read Easy. 2) Siri bacaan jawi menggunakan buku Bacalah Jawi. 3) Al-Quran. 4) Sains. 5) Matematik. 6) Pre-Learning (untuk 3 bulan pertama). 7) Fardhu Ain. 8) Bahasa Arab. KAEDAH PEMBELAJARAN : 1) Bertema : Memperkenalkan ALLAH s.w.t. 2) Fokus : Ciptaan ALLAH 3) Buku kerja subjek Matematik, Sains, Fardhu Ain, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab adalah berdasarkan kepada tema-tema yang telah digariskan dan diterbitkan sendiri oleh pihak tadika. 4) Penggunaan dwi Bahasa (BM & BI) untuk subjek Matematik dan Sains. 5) Kurikulum yang diterapkan membolehkan kemahiran pelajar berkembang mengikut kemampuan diri dan selari dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. FOKUS : 1) Semua aktiviti yang dijalankan dalam program tadika ini sentiasa dihubungkan dengan Allah s.w.t dan menitikberatkan akhlaq anak soleh. 2) Sukatan pelajaran dan kurikulum adalah mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia. PROGRAM YANG DIJALANKAN : 1) Menanamkan nilai keimanan dan pembentukkan sahsiah diri yang disampaikan melalui slot Assembly / Tazkirah waktu pagi. 2) Seerah peribadi Rasulullah dan sahabat serta kisah contoh tauladan. 3) Tauhid malalui Asma’ Allah i) Mengenal siapa ALLAH. ii) Dari mana kita datang. iii) Untuk apa kita dijadikan. iv) Kemana kesudahan kita.
4) Tadabbur Alam (langit dan bumi) i) Melihat , memikir dan merasai. ii) Menanam rasa kagum kehebatan dan kekuasaan Allah pada alam ini dan menanam rasa syukur atas segala pemberian dan nikmat yang telah diberikan. 5) Akhlaq. i) Mendidik anak-anak berakhlaq baik yang Allah suka dan meninggalkan akhlaq buruk yang ALLAH tidak suka.
ii) Mendidik mencontohi peribadi Rasulullah dan para sahabat. 6) Ibadah. Melatih anak-anak dan membiasakan melakukan ibadah khusus seperti mengambil wudhu’, mendirikan solat dan mengaji mengikut tahap. 7) Siri bacaan berkesan yang diterbitkan sendiri oleh pihak tadika disamping menggunakan buku Bacalah Anakku dan Read Easy. 8) Tubi membaca Al-Quran mengikut tahap. 9) Tubi ‘1 to 1’ adalah bermaksud tubi membaca seorang demi seorang secara bergilir-gilir bagi buku siri bacaan BM, BI, Bacalah Jawi dan Al-Quran. 10) Brain Development Program adalah program Art & Craft yang dibuat sendiri oleh anak-anak dan dipandu oleh guru-guru. 11) Kindergardening, kindercooking & Practical Life. Aktiviti fizikal seperti :- i) Menyemai pokok, biji benih dan lain-lain. ii) Membuat sandwich, memotong buah-buahan dan lain-lain. iii) Persiapan diri sendiri serta berdikari. 12) Hafazan :- i) Doa-doa harian dan doa pilihan berserta maksud. ii) Surah dari Juz Amma. iii) Pesan Nabi (Hadith) berserta maksud. Pengambilan Terhad

You Might Also Like

0 comments: