Latest Posts

Kem Jejak Generasi Al-Quran 1

By December 20, 2009

One Team One Aim
Generasi inilah yang perlu diselamatkan seawal mungkin. Agar lahir sebuah kehidupan masa hadapan yang Allah iktiraf. Dengan gejala sosial yang semakin menakutkan hari ini, bukan seseorang perlu membuat sesuatu tapi semua orang perlu membuat sesuatu untuk keluar dari suasana jahiliyyah moden ini. Buka mata hati, renung semula dari mana kita datang, mengapa kita di datangkan ke dunia ini dan ke mana arah tuju kita selepas ini.
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
I have only created Jinns and men, that they may serve Me.
Zariyat:56
Fikir... adakah segala yang dicari di dunia ini, yang tujuannya selain dari UNTUK dan KERANA Allah; akan membawa keuntungan berpanjangan, sehinggakan selepas kematian ianya masih mampu membawa manfaat buat kita di sana.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿١٠
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ ﴿١١
(10) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
(11) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). As-Saff:10-11

0 comments