Latest Posts

Pembuka 2010

By April 27, 2010

Alhamdulillah dengan izin Allah, seperti biasa sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru, sebuah majlis taklimat keibubapaan dan pendaftaran akan diadakan. Melalui majlis sebegini lah, kami sentiasa mengambil kesempatan berkongsi bersama ibubapa untuk mendapatkan ilmu dari penceramah yang dijemput. Semoga majlis ini juga termasuk di dalam kategori yang dikatakan sebagai 'taman-taman syurga', dimana nama Allah sentiasa di ingati dan disebut, insyaAllah. Pada taklimat kali ini, Dr. Azizan Ahmad telah dijemput sebagai penceramah. Beliau adalah seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau juga merupakan seorang pakar motivasi dan pemilik Procast Cosultantcy. Kami berdoa agar perkongsian yang telah diberi oleh Dr. Azizan akan membuahkan sesuatu yang boleh kita manfaatkan bersama, dalam mengharungi kehidupan yang penuh tipu daya ini, InsyaAllah.

Perhatikan tingkat khalifah. Di tahap mana kita?
Apa tahap matlamat kita?
bersambung, insyaAllah...

0 comments