Warga Syurga Haluan Insan 2010

April 30, 2010 THImedia 0 Comments

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani
Allahuakbar...segala pujian bagi Allah Penguasa seluruh alam. Alhamdulillh yang tidak terhitung atas rahmat yang Allah berikan pada tahun ini, dimana pertambahan bilangan pelajar yang diluar jangkaan kami. Walaupun sebenarnya Tadika Haluan Insan ini sudah berasa selesa dengan jumlah bilangan pelajar yang sedikit sebelum ini kerana ianya lebih mudah dan ringan, namun Allah lebih mengetahui kemampuan hambaNya, diberiNya pertambahan sebanyak sekali ganda. Dalam kegembiraan dengan pertambahan ini, perasaan risau masih menyelubungi kami kerana ia membawa maksud bahawa tanggungjawab semakin bertambah. Tanggungjawab untuk membawa, mempertahankan, mengaplikasi dan memelihara Islam yang syumul ini kepada para pendidik dan anak-anak di sini, disamping ibu bapa dan masyarakat sekeliling, InsyaAllah. Pertambahan jumlah bilangan pelajar kali ini mungkin masih belum mampu menandingi tadika-tadika lain, namun ia bukan 'Aim' utama kami. Tiada persaingan bagi kami melainkan bersaing untuk mencapai redha Allah semata-mata. Ya Rabb...dengan pemilihan Mu ini maka Kau mudahkanlah segala urusan kami. Jika tanpa pemilihan Mu ini, kami tidak mungkin mampu sampai ke sini dalam keadaan sebagai hamba Mu yang lemah. Sejauh mana sangatlah kemampuan kami untuk berfikir dan memastikan apa yang terbaik buat kami.

You Might Also Like

0 comments: