Lawatan 2010

June 11, 2010 THImedia 0 Comments

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah pemilik sekelian alam, yang ada di langit dan bumi. Alhamdulillah dengan izin Nya juga, aktiviti lawatan sambil belajar untuk tahun 2010 telah berjaya diadakan pada 11 Mac 2010 yang lalu (maaf lambat update :-) ). Kali ini pihak tadika membawa anak-anak pergi membuat lawatan sambil belajar di Zoo Negara dimana pelbagai aktiviti "Education Programme" dijalankan bersama. Selepas ke Zoo, rombongan menuju ke Masjid Negara untuk solat, berehat dan makan tengahari dan diakhiri dengan melawat kilang coklat di Seri Kembangan. Sepanjang program ini, anak-anak sentiasa didedahkan kepada kekuatan dan kekuasaan Allah. Kehebatan dan kebijaksanaan Allah swt dalam mencipta pelbagai jenis haiwan yang bermacam-macam rupa fizikal, habitat, pemakanan dan lain-lain. Sebahagian dari haiwan-haiwan ini ada surahnya di dalam Al-Quran seperti An-Nahl (Lebah) & An-Naml (Semut) yang mana di dalamnya terkandung cerita-cerita tentang haiwan. Subhanallah, Al-Quran telah menyebutnya dahulu sebelum manusia menjumpainya, apa sahaja dan segala-galanya telah termaktub dalam Al-Quran sebelum ianya ditemui manusia, itupun setelah terciptanya alatan-alatan moden yang membantu mereka dalam penyelidikan. Alangkah ruginya apabila sebagai orang Islam dalam sedar tentang kebenaran ini, sengaja meng'alpa'kan diri dan memandangnya sebagai 'nothing', 'biase la tu', 'kebetulan...', 'semulajadi...' dan lain-lain. InsyaAllah, walau dimana sahaja dan apa sahaja aktiviti yang kami anjurkan di tadika ini adalah berpaksikan menanam keimanan dalam hati anak-anak ini, bahawa sebagai hamba Allah yang diciptakanNya di muka bumi ini, KITA wajib RASA keagungan Allah, KITA wajib fanatik dengan apa sahaja tentang ALLAH dan ISLAM. Ambil KESELURUHAN Islam dan bukan ISA (Ikut Suka Aku) sahaja... yang aku tak suka "huh.. xpe la, lain kali la, kire bole la tu, forget it la, nanti taubat la" dan lain-lain istilah yang sering kita dengar dipasaran masa kini. Ya Allah...kami berlindung dengan Mu dari azab api neraka, beri kami petunjuk dan hidayah Mu selalu Ya Allah...Amin.

You Might Also Like

0 comments: