Sukaneka 2010

August 31, 2010 THImedia 0 Comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Dimulakan dengan setinggi puji-pujian buat Yang Maha Esa, maha mengatur dan menentukan segala sesuatu. Kemaafan juga dipohon kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat posting ini. Alhamdulillah dengan izin dan waktu yang diberikanNya, blog ini dapat di update seperti biasa..insyaAllah. Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan di sini, almaklumlah sekian lama tak update, banyak juga aktiviti-aktiviti yang telah THI jalankan selama ini. InsyaAllah, akan cuba dikongsikan setakat mana yang termampu dahulu ye.. :)). Alhamdulillah, pada penghujung Mei lepas, bertempat di padang UKM, dalam suasana yang penuh dengan rahmat, Allah turunkan hujan pada pagi itu dengan menghadirkan bersamanya ketenangan dan kesabaran ibu bapa yang hadir, menunggu dan memberi sepenuh kerjasama untuk melihat anak-anak mereka bersukan. Kami di pihak THI memanjatkan rasa kesyukuran atas keperihatinan dan penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan di sepanjang temasya tersebut, walaupun terdapat kelemahan di pihak tadika.

You Might Also Like

0 comments: