Latest Posts

KEM JEJAK GENERASI AL-QURAN 2

By November 19, 2010

Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Maha Penyayang InsyaAllah, THI akan mengadakan Kem Jejak Generasi Al-Quran untuk kali ke dua. Berikut adalah maklumat program.

Siri Satu : 22 / 11 - 03 / 12

Siri Dua : 06 / 12 - 17 / 12

Siri Tiga : 20 / 12 - 31 / 12

Masa: 8:00 am – 5:00 pm

Hari : Setiap hari Isnin hingga Jumaat

Peserta: Berumur 7 – 16 tahun sahaja

Maklumat lanjut hubungi :

013 - 3916322 (Ustazah Hanisah)

Tempat : Tadika Haluan Insan

No. 2,, Jalan 3 /40, Seksyen 3 Tambahan, 43650,

Bandar Baru Bangi.

OBJEKTIF :

1) Menanamkam rasa keimanan dalam diri peserta

2) Melahirkan peserta yang mampu manghafaz al-Quran

( bermula dengan juzu’ ‘amma dan surah-surah pilihan)

3) Membentuk peribadi dan akhlaq peserta dengan akhlaq al-quran dan para sahabat-sahabat rasulullah s.a.w

4) Melatih peserta dengan sifat kepimpinan dalam Islam

( melalui imam dan imamah solat )

TEMA : ‘ALIM & MUJAHID

Alim : Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan

Mujahid : Bekerja dan berjuang demi ketinggian Islam

FOKUS SEPANJANG KEM BERJALAN :

- Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang kem ini sentiasa dihubungkan dengan Allah s.w.t dan menitikberatkan akhlaq-akhlaq anak soleh.

- Fokus pembelajaran adalah mengikut pembahagian kelas dan level.

PERJALANAN AKTIVITI KEM :

Menanamkan nilai keimanan dan pembentukan sahsiah peribadi yang disampaikan melalui slot Assembly / Tazkirah waktu pagi.

1) Aqidah / Tauhid :-

a) Mengenal sifat-sifat wajib bagi Allah dan Asma’ Allah.

b) Tahu dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan dan ke mana kesudahan kita.

c) Peranan kita sebagai hamba dan khalifah Allah.

d) Tadabbur tentang kejadian Allah ( langit dan bumi ).

2) Hafazan al-Quran dan Tajwid.

a) Fokus hafazan adalah kepada juzu’ ‘amma (30) dan surah-surah pilihan.

b) Kaedah hafazan adalah mengikut kelas / Level.

c) Fokus tajwid adalah kepada cara bacaan al-quran dengan betul dan tartil.

3) Tahsin bacaan solat dan amali wuduk / solat

a) Fokus tahsin bacaan adalah kepada rukun-rukun solat terlebih dahulu sebelum ke perkara sunat.

b) Panduan wuduk yang praktikal diberikan kepada peserta.

c) Panduan solat yang praktikal diberikan melalui solat zohor dan asar.

d) Latihan imam dan imamah akan diberikan melalui solat berasingan antara lelaki dan perempuan.

4) Pemantapan Fiqah dan Ibadat

a) Pengajaran Modul adalah mengikut kelas / level.

b) Topik-topik asas seperti bab kebersihan, hadas kecil dan besar.

5) Akhlaq anak soleh

a) Adab-adab terhadap Allah, rasulullah, ibu bapa, guru, jiran tetangga, kawan-kawan dan lain-lain.

b) Adab belajar, bercakap, bermain dan lain-lain.

6) Bacaan doa dan zikir

a) Doa-doa harian anak soleh.

b) Zikir-zikir selepas solat.

c) Zikir Asmaul Husna.

7) Sirah peribadi Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

a) Khulafa’ Rasyidin ( Saidina Abu Bakr, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali ).

b) Siti Fatimah

c) Abdul Rahman bin Auf

d) Bilal bin Rabah.

e) Siti Khadijah Khuwailid

f) Solahuddin Al-Ayubi

g) Muhammad Al-Fateh

8) Tayangan video-video tarbawi

a) Video doa-doa.

b) Video kebesaran Allah.

c) Video cerita kartun akhlaq anak solah.

d) Video cerita pahlawan dan pejuang-pejuang Islam.

0 comments