PENDAFTARAN 2011 DIBUKA SEKARANG

November 24, 2010 THImedia 0 Comments

اﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻮﺮﺤﻤﺔﷲﻮﺒﺭﻜﺎﺗﻪ

Pendaftaran untuk sesi 2011 telah dibuka sekarang. Tempat terpaksa dihadkan supaya perhatian dan pengkhususan dapat diberikan kepada setiap murid. Sistem pengajaran dan pembelajaran baru akan kami aplikasikan pada tahun ini. Semestinya tanpa meninggalkan matlamat asal kewujudan THI ini iaitu memberi sentuhan awal pembelajaran mengenal Allah dan Rasul. Mengaitkan segenap aktiviti dengan asma' Allah dan akhlak Rasul. Menanam dan menyalurkan keimanan kepada jiwa-jiwa yang masih suci agar lahir sifat-sifat mahmudah dari diri anak-anak. Memberi kefahaman untuk setiap kejadian, bukan sekadar menyuruh dan menegah tanpa memberi penjelasan 'kenapa tidak boleh' dan 'kenapa kena buat'. InsyaAllah semoga Allah beri kekuatan untuk meneruskan usaha ini. Usaha yang berpaksikan dengan niat dan matlamat, mengambil peranan dalam masyarakat bagi melahirkan generasi rabbani dan bukan generasi yang mempunyai penyakit moral, keruntuhan akhlak dengan gejala sosial.

You Might Also Like

0 comments: