Latest Posts

Pembukaan TASKA HALUAN INSAN

By July 12, 2011

Alhamdulillahi rabbil a'lamin...

Dengan limpahan kurniaanNya semata-mata, usaha Haluan Insan diteruskan dengan pembukaan sebuah taska. Taska ini dibuka dengan hasrat untuk menyediakan pendidikan seawal mungkin kepada anak-anak dan memantapkan persediaan mereka untuk berada di pra sekolah kelak. InsyaAllah...Taska Haluan Insan ini juga adalah sebagai pasca kepada Tadika Haluan Insan, yang mana pendidikan secara berterusan akan diberi mengikut modul yang telah disediakan dari seawal umur 2 bulan hingga ke 6 tahun. Dalam tempoh ini lah anak-anak yang bersih ini sedang berada dalam 'sponge mood', setiap pancaindera mereka akan merekod dan menyimpan data dari persekitaran yang mereka alami, dari sini lah terbentuk 'siapa' diri mereka. Jadi pendidikan terbaik di dunia ini untuk akhirat sana perlu disemai bermula dari sekarang. Semestinya mengambil Islam secara keseluruhannya (AQ 2:208) adalah pendidikan yang terbaik malah sempurna. Jom sama-sama aplikasikan. =)









0 comments