Latest Posts

Program Alumni THI I

By March 12, 2012

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah dengan kudrat dan iradatnya blog ini dapat di'update' semula. 2012 dimulakan seperti biasa. Yang istimewa dan amat disyukuri apabila program alumni pertama THI dapat dilaksanakan pada 25 Februari 2012 dengan jayanya. InsyaAllah, ia bertujuan untuk memberi kesinambungan tarbiah islamiyah kepada anak-anak bekas penuntut THI, dengan hasrat untuk memelhara iman mereka dari dicalar malah di'cedera'kan oleh persekitaran  masa kini yang pasti memberikan mereka ini ujian dan cabaran yang besar. Sayang mereka kerana Allah, berhajat untuk melihat mereka membesar sebagai insan soleh dan solehah, berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat...aminn. Semoga Allah terus bekalkan kami kekuatan dan istiqamah dengan usaha ini. Doakan kami ya... ^^




0 comments