Latest Posts

Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains dan Vitagen Factory

By April 13, 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah satu program lawatan sambil belajar berjaya diadakan pada 8 Mac 2012. Walaupun beberapa rintangan terpaksa ditempuhi ekoran banjir dan hujan lebat di K.L, Allah izin juga untuk kami semua menimba ilmu dan mentadabbur kehebatan ciptaan Allah swt di muka bumi ini. Apa yang dapat kami semua lihat dan pelajari hanya sedikit sahaja, sedangkan kekuasaan Allah itu tidak terhingga meliputi langit, bumi, apa yang ada diantaranya malah cakerawala juga. Terlalu banyak ilmu yang masih belum diketahui. Terasa betapa kerdilnya diri setiap dari kita ini, jika tidak dek rahmat dan kasih sayang Dia, bukan siapa-siapalah kita ini.







Di kilang vitagen, gambar dalam kilang semasa pemprosesan tidak dibenarkan diambil.
Tapi yang 'best'nya dapat vitagen free satu bar seorang bersama dengan lain-lain cenderahati.
Alhamdulillah...memang seronok. ^^

0 comments