Jawatan Kosong Sebagai Krew THI

February 18, 2013 THImedia 0 Comments

Kekosongan jawatan sebagai Guru di Tadika dan Pembantu di Taska Haluan Insan.Berikut adalah kriteria yang kami perlukan.
1) MEMPUNYAI MINAT YANG MENDALAM DALAM MELAKUKAN KERJA-KERJA ISLAM. 
2) Niat bekerja bukan sekadar mengisi masa lapang, mencari pengalaman atau menunggu mana-mana panggilan. InsyaAllah pengalaman bermakna akan anda perolehi di sini.
3) Menutup aurat seperti yang disyariatkan.
4) Tidak dibenarkan berjumpa/membawa datang lelaki/ 'boyfriend'/tunang ke tadika atau berhampiran dengannya.
5) Sanggup mengikuti usrah setiap minggu atau setiap 2 minggu sekali.
6) Kelayakan minima adalah SPM sehingga diploma. Ijazah juga boleh memohon.
7) Boleh berkerja sekurang-kurangnya setahun.
8) Belum berkahwin.
9) Bersedia untuk tinggal di tadika.
10) Pengambilan secepat mungkin.
Sekiranya BENAR2 berminat dengan jawatan ini dan SANGGUP memenuhi kriteria yang kami inginkan, anda sangat dialu-alukan untuk memohon dengan menghubungi 016-6559697 / 017-2734233 / 017-7240760, Email :- smy158@yahoo.com / sara_mai02@yahoo.com 
Tetapi sekiranya anda berada dalam keraguan antara boleh dengan tak boleh,anda dinasihatkan tidak memohon.  Selagi anda ada kemahuan pada kerja-kerja Islam,silakanlah memohon.
Kelebihan :-
1) Imbuhan yang sangat berpatutan bersama potongan KWSP & SOCSO bagi yang layak. Bermula minima RM700.00.
2) Tempat tinggal, makan, minum setiap hari serta keperluan asas disediakan.
3) Toleransi, kesefahaman serta hubungan ukhwah yg kuat dikalangan sahabat2...mereka bukan 'pekerja'.
4) Peluang membina kerjaya sendiri dalam bidang ini.
5) Aktiviti riadah dan 'outing' hujung minggu beramai-ramai. 
5) Dan yang paling penting... kebajikan terjaga, inshaAllah. =)

You Might Also Like