Latest Posts

Taklimat Awal Tahun

By October 14, 2013





Perkongsian oleh tetamu jemputan, Ustaz Aizuddin selaku wakil IMP (Islamic Manufacturing Practice) tentang pemakanan halalan toyyiban semasa majlis taklimat awal tahun yang lalu.
Alhamdulillah perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat. Semoga kami di THI dan tetamu yang hadir akan sedar dengan pendedahan yang diberikan dan selepas ini akan lebih bijak dalam memilih makanan untuk ahli keluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar. Apa yang dimakan akan menjadi darah daging, salah satu sebab doa tidak makbul adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak halal lagi suci. Wallahu a'lam.



InshaAllah, THI sudah beralih kepada pemakanan halal. Kami memilih ayam Az-zain untuk diberikan kepada anak-anak di sini dan tidak lagi memilih ayam yang berada di pasaran, kerana khuatir kebersihan dan kehalalan ayam-ayam tersebut untuk diberikan kepada mereka. Mereka perlu dijaga apatah lagi dalam keadaan mereka yang sedang menghafal Al-Quran. Semoga ianya memberi hasil pada apa yang sedang kami usahakan iaitu ingin mereka menjadi individu soleh, berilmu dan huffaz, inshaAllah...Ameen.




0 comments