Latest Posts

By June 04, 2014


Tetamu THI yang dirahmati Allah. Mohon maaf kerana lama membiarkan blog ini gayanya seperti tidak berpenghuni. Naik bersawang dah!.
Sibuknya tuan rumah sampai tak sempat-sempat untuk update blog. Tapi tak update blog tak apa lagi, yang paling penting hubungan dengan Allah sentiasa update. Kan? =)

Bercakap tentang kesibukan dalam kehidupan ini, sememangnya tak pernah habis. Cumanya adakah segala kesibukan itu Allah terima seperti yang Dia perintahkan di dalam kalamNya Az-Zariyat : 56 " Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu ". 
Ramai dari kita mengasingkan urusan kehidupan dengan urusan mencari redha Allah, dengan kefahaman kalau nak cari redha Allah hanya dengan ibadah spesifik seperti solat, puasa, sedekah dan sebagainya. So, kalau nak dapat redha Allah mesti solat banyak-banyak, zikir banyak-banyak pada spesifik waktu. Betul ke macam tu?

Sebenarnya segala perlakuan kita dalam kehidupan seharian, dalam setiap saat dan detik serta nafas yang Dia izinkan untuk kita menghirupnya adalah dikira sebagai beribadah kepadaNya dengan syarat segala-sagala yang kita lakukan adalah berpaksikan kerana Allah. Membantu memakaikan seluar anak-anak di THI juga dikira ibadah jika dilakukan kerana Allah...begitulah halnya dengan lain-lain urusan. Wallahu'alam. 

0 comments