Latest Posts

Tips Didik Anak Cara Rasulullah

By June 17, 2014

Assalammualaikum wbt

Pada entry ni saya nak share tips mendidik anak-anak kita si penghuni syurga tu...ameen. =) Teknik Rasulullah yang saya perolehi dari seminar yang saya hadiri tahun lepas.

Teknik memuji anak cara Rasulullah.

i) Puji sebelum tingkah laku positif dibuat (semasa sedang bermain)
Skrip, "abang selalu mendengar kata-kata ibu. Ibu suka, Allah juga berikan pahala, ibu juga suka kalau abang mahu mngutip baju-baju kotor abang dan letakkan dalam bakul kain. Abang boleh bantu ibu. Ringan kerja ibu.

ii) Puji semasa tingkahlaku positif dibuat (ketika anak mula mengutip baju-baju kotor di lantai)
Skrip, "Wah abang mahu juga bantu ibu, sejuk hati ibu ada anak yang mahu bantu ibu"

iii) Puji selepas kebaikan dibuat (selepas anak terdorong mambantu ibu)
Skrip, :- "Abang telah membantu meringankan tugas ibu mengemas rumah. Rumah bersih. Allah suka pada kebersihan. Allah berikan pahala pada abang dan ibu juga. Sayang abang"



~ Jom sama-sama praktik. Buat santai-santai dengan bahasa yang biasa kita guna di rumah la kan. =)



* Jaga iman

0 comments