Latest Posts

Sukaneka 2014

By October 04, 2014

THI cuba mengaplikasi semangat pahlawan Islam yang berperang demi menegakkan syiar Islam sehinggalah kita boleh mengecapi kemanisan Iman dan Islam kini, alhamdulillah. Oleh itu nama-nama peperangan dalam Islam digunakan untuk pasukan rumah sukan anak-anak THI tahun ini.

Jom kita berkongsi sedikit kisah tentang setiap peperangan ini.


Pasukan TABUK

- Berperang dengan tentera Romawi yang mahu menyerang Madinah.
- Berlaku ketika musim kemarau sehingga menyebabkan ramai tidak mahu ikut berperang.
- Merupakan pasukan muslimin terbesar sepanjang sejarah peperangan bangsa Arab iaitu 30,000 orang.
- Peperangan terakhir yang diketuai oleh Rasulullah saw.
- Satu-satunya peperangan yang tidak berlaku apabila tentera Rom tidak kunjung datang selepas 20 hari tentera Islam menunggu.   


                                                   
Pasukan UHUD


- Berperang dengan kafir Quraisy yang mahu membalas dendam atas kekalahan mereka dalam peperangan Badar. Berlaku di Bukit Uhud
- Tentera Islam seramai 1000 orang, berpatah balik 300 orang yang enggan berperang setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai. 700 orang tentera muslimin berhadapan dengan 3000 orang tentera Quraisy.
- Saidina Hamzah terbunuh, menyebabkan Rasulullah berasa amat sedih.
- Pada awalnya dimenangi oleh tentera muslimin, namun tewas apabila mereka engkar pada arahan Rasulullah agar tidak turun dari bukit Uhud walau apa pun yang terjadi. Mereka diserang hendap oleh tentera Quraisy ketika sedang memungut harta perang. 


 Pasukan BADAR

- Merupakan peperangan dagangan antara Muslimin dan Quraisy.
- Peperangan pertama.
- Tentera muslimin seramai 313 orang berhadapan dengan tentera quraisy seramai 1000 orang. Tentera muslimin menang dengan bantuan tentera Allah.

Pasukan KHANDAK

- Terjadi apabila Madinah dikepung oleh suku Arab Yahudi.
- Bermaksud parit. Nama lain bagi peperangan ini adalah perang Ahzab.
- Tentera musyrikin 10000 orang, muslimin 3000.
- Tentera muslimin menang dengan strategi teknikal yang disusun oleh Rasulullah saw.
















0 comments