Latest Posts

Hari Prestasi

By August 23, 2015



~ ~ ~ Sollu alan nabiy ~ ~ ~

Hari Prestasi THI kebiasaannya di adakan 3 sekali setahun iaitu pada awal, pertengahan dan hujung tahun. THI tiada amalan peperiksaan dan penentuan tempat atau nombor berapa di dalam kelas, kerana merasakan anak-anak ini tidak layak dinilai sebegitu. Mereka bebas menjadi diri mereka, meneroka, memerhati, mengeluarkan bakat dan hasil mengikut apa yang mereka faham melalui pembelajaran yang diberi. Kita cuma perlu pandu dan bimbing sahaja. Kami juga berpendapat jika anak dinilai begitu, ibubapa juga turut merasa tidak puas hati, beremosi jika anak tidak mendapat nombor kedudukan awal di dalam kelas. Kan? 
# Untuk umur anak yang sebegitu...4, 5, dan 6 tahun....rasa macam tak patut je.

Namun begitu tahap prestasi anak-anak tetap dinilai berdasarkan apa pencapaian yang sepatutnya mereka capai pada sesuatu masa, mengikut 'milestone' yang disediakan berpandu kepada Korikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK). Suasana peperiksaan tetap diberi kepada anak-anak 6 tahun sebagai persediaan awal jika mereka telah memasuki Tahun 1 nanti.

Buku prestasi setiap anak akan disediakan dan yang menariknya...tiada dakwat merah di dalamnya. =)









0 comments