Latest Posts

Konvokesyen THI Ke 9 2015

By November 16, 2015

~ Sollu Alan Nabiy~

Alhamdulillah selesai sudah majlis Konvokesyen 2015 THI. Semoga majlis yang penuh dengan mengingati Allah ini mendapat keberkatan dariNya dan semoga ia juga dinilai sebagai antara taman-taman syurga.
Kepada ibubapa anak-anak 6 tahun, selamat meneruskan perjuangan dalam mendidik dan mencorak permata ini mengikut jalan yang Allah kehendaki. Semoga apa yang cuba THI usahakan ini sedikit sebanyak menjadi ispirasi kepada ibubapa semua untuk men'design', apa yang ingin kita corak pada kain putih ini. Zahirkan kasih sayang dengan cara yang betul, cara yang membawa mereka ke syurga. Bukan dengan cara memberi mereka kemewahan dan sesuatu yang tak sesuai untuk mereka yang mana ia akan membentuk mereka menjadi insan yang tak sepatutnya pada waktu itu. Usia ini adalah usia yang paling bernilai, paling penting untuk anak-anak. Pembentukan foundation yang betul dan kukuh perlu dilaksanakan pada peringkat ini. Sama-sama kita cari ilmu untuk mendidik anak-anak kita dan generasi akan datang.
- Peringatan juga buat kami semua sebagai pendidik dan juga ibu.
Wallahu'alam,


 Little qari Nur Fatimah dan Sulha sebagai penterjemah.
Pembukaan majlis dengan bacaan Surah Al-Waqiah

Berqasidah sebagai melahirkan rasa cinta kepada kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua mendapat syafaat baginda di sana nanti...amiiin.

 Pentomen





Tokoh Pelajar Lelaki 2015

As Soleh Muhammad Aqil b. Mohd Fauzi
 Tokoh Pelajar Perempuan 2015

As Solehah Nur Fatimah bt. Ahmad Asyrif


Diakhiri dengan anak-anak soleh ini pergi mendapatkan umi ayah dan memberikan sekuntum bunga sebagai lambang kasih mereka kepada umi ayah dan berjanji untuk menjadi anak yang soleh. Semoga Allah makbulkan.

0 comments