Hari Pertama Persekolahan THI 2016

January 05, 2016 THImedia 0 Comments


Bismillah
Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, semalam adalah hari pertama persekolahan, hari yang dinantikan pendidik Tadika Haluan Insan :)

Setinggi tinggi syukur dipanjatkan kepada Allah yang Maha Baik dan Maha Pemurah yang akan (insya Allah) telah mengutuskan para pelajar bagi cawangan seksyen 3 dan seksyen 9 yang akan melalui misi pembentukan sahsiah diri melalui tarbiah Islamiah disertakan dengan program pra-tahfiz.
Hari pertama persekolahan sememangnya mengundang pelbagai gelagat. Terutamanya, bagi pelajar 4 tahun, sungguh comel melihat gelagat anak anak ini.



 Ada yang enggan berpisah dengan ibu bapa dan menangis apabila ditinggalkan dengan Teacher.



Harapan kami adalah dapat membentuk kanak-kanak muslim yang berpotensi dan bersedia menghadapi realiti kehidupan dunia untuk akhirat, secara holistik di dalam bidang akademik dengan mengikut fitrah yang benar mengagungkan Rabb nya dalam segala aspek hidup mereka. Kami yang menyedari segala cacat diri dan kelemahan berhajat agar melalui usaha kecil ini Allah SWT akan mengampuni kami dan mendekatkan diri kami kepada-Nya dan membuka hati kami untuk merasai sikit demi sedikit cinta kami kepada-Nya dan menanggalkan rasa keterikatan kami kepada dunia yang fana' ini. 

Jazakumullahu khairan kepada para guru mengalu alukan kedatangan anak anak pelbagai gelagat

Terima kasih para ibu bapa yang sudi menghantar anak kesayangan mereka untuk melalui proses tarbiyah Islamiyah bersama kami.



You Might Also Like

0 comments: