Art and Craft
Bismillah
-
Sollu Alan Nabiy -
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, semoga
kita semua sentiasa berada dalam limpahan kasih sayangNya. Amiin
Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu
bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap
di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).”
(Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat
unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan
manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang
dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa
manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang
seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling
banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”
Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada
lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan
agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.
Masya-Allah, inilah hasrat THI untuk membentuk anak
anak Soleh wal Musleh Insha Allah,
semoga usaha ini boleh menjadi ispirasi kepada ibubapa semua untuk men'design',
apa yang ingin kita corak pada kain putih ini. Zahirkan kasih sayang dengan
cara yang betul, cara yang membawa mereka ke syurga.
Lihatlah keseronakan anak anak soleh ini dengan hasil kerja
mereka sendiri J
Alhamdulillah selepas buat art & craft harini anak² berpeluang meneroka alam ciptaan Allah di Taman Tasik Cempaka untuk mencari, melihat & menyentuh serangga . Balik rumah nanti mesti excited nak cerita kat umi ayah.
0 comments:
Post a Comment