Aktiviti Taska Sepanjang Bulan APRIL 2017

October 04, 2017 MOD THI 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
kita masih diberi ruang dan peluang bernafas dalam nikmat Iman dan Islam :)

Bulan April menjelma! Mari lihat aktiviti anak2 Taska Haluan Insan sepanjang bulan ini :)





                                 
wah wah, nak buat aktiviti apa tu anak2? :D


adik nuha bersama daun pandan, agaknya nak buat apa ya? ;)

antara bahan2 yang diperlukan :D
mari menggunting bersama teacher :)

Aktiviti bertemakan Allah Al-Wahab (Allah Maha Memberi) ; Deria Bau

wahh, daun pandan tadi dicampurkan bersama bunga rampai :)





Subhanallah cantik :) ini hasilnya :D

 wahhh nak buat apa pula ni ?

bahan-bahan yang diperlukan :)

Aktiviti bertemakan Allah Al-Wahab (Allah Maha Memberi) :
Teacher test deria sentuh dan deria melihat anak² :) 


              

               

               

                   






Anak-anak berusia 2-3 tahun membuat practical life :)
Mari melipat baju :D

macam-macam gaya melipat baju tu :D





Aktiviti bertema untuk minggu ini iaitu ALLAH AL-WAHHAB (ALLAH MAHA PEMBERI), deria.

Teachers uji deria rasa anak² dengan meminta anak² merasa buah pisang, oren, dan peria :P


 

comel betul keletah masing2 merasa 
pelbagai rasa, manis, pahit dan masam ;P







anak2 taska Damai :)





Pelbagai reaksi boleh dilihat apabila teachers minta keluarkan alatan mainan dari dalam air :D




             


Nak tahu tidak?
Adakalanya teachers akan minta pertolongan daripada anak-anak untuk mengasingkan alatan permainan, selepas mereka selesai menggunakannya.
Selain dari menerapkan sikap rajin, anak-anak juga akan rasa dihargai apabila teachers memberi kepercayaan dalam membina jatidiri anak kecil ini :)


fokusnya adik alia dan ammar faruqi bermain :)


jom pergi beriadhah di pagi hari rabu :D

Qawwiyul Jism = Sihat Tubuh Badan
Merupakan salah satu daripada 10 Muwasoffat Tarbiyyah :)

Allah lebih sayangkan mukmin yang sihat
berbanding mukmin yang lemah :)




anak2 soleh penyejuk mata :)

bersama-sama teacher zuha :)

hati2 asim :)




                            




Tingkahlaku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan namun saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya. Sebab itulah kanak-kanak bersifat telus sehingga ia boleh menjadi saksi kejadian dalam prosiding mahkamah contohnya :)

Menurut Al-Ghazali, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta tujuan. Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu sendiri. Ianya didorong oleh keperluan fisiologi atau emosi seperti rasa lapar atau cinta kepada Allah.

Emosi pula adalah suatu ekspresi perasaan atau naluri yang kuat seperti gembira, sedih, marah, sayang, cemburu dan lain-lain. Perasaan ini pula selalunya akan diluahkan melalui tingkah laku sama ada tingkah laku positif mahu pun tingkah laku yang negatif.

Kanak-kanak di Taska sentiasa diberi peluang unutuk meluahkan emosi melalui tingkah laku masing-masing. Tugas pendidik itu juga sangat besar dalam memberi dorongan supaya mereka dapat menyalurkannya di tempat yang betul.

Contohnya seperti membawa mereka ke taman permainan dan juga aktiviti melukis emosi riak wajah di belon.


alala comelnya adik asim :D

adik alia tersenyum tengok belon :)




is that lion?
lion sound rawrrrrr! :D

Eh kita buat "Art & Creative" Lion la :D

so cute Subhanallah! :)




                            





 Potong kuku di hari jumaat kan sunnah :D

Anak² seperti sudah tahu rutin hari Jumaat, teacher potongkan kuku. Masing² dah bersedia menunggu giliran masing-masing :D


 





buat apa pada botol ini ya?

Botol + kacang hijau = marakas

Dengan tema :
ALLAH AL-WAHHAB (ALLAH MAHA PEMBERI)

Allah yang memberi kita telinga untuk mendengar :D



bersama teacher zuha :)




Semoga sentiasa menjadi anak soleh ye anak2 :D

You Might Also Like

0 comments: