Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan JANUARI 2018
Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :)
Assalamualaikum w.b.t semua :)
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Alhamdulillah, SRI Haluan Insan telah memulakan operasi sesi 2018 dengan kehadiran murid seramai 7 orang.
Biarpun jumlahnya sedikit, murid-murid yang hadir tetap rasa gembira dengan aktiviti yang menarik oleh ustazah Nadiah dan Ustazah Zaidah, inshaAllah :)
Harapan kami semoga bilangan murid-murid akan terus bertambah dari semasa ke semasa, Allahumma Amin :D
Minggu orentasi berjalan dengan lancar selama semiggu, Alhamdulillah ;)
Suasana murid-murid di dalam kelas,
Hari selasa hingga khamis pada pukul 8 pagi, murid-murid akan solat dhuha bersama-sama dan bacaan solat yang akan dipantau oleh Mualimah Zai dan Mualimah Nadiah.
Suasana pagi jumaat diceriakan dengan suara murid-murid SRI Haluan Insan dengan bacaan surah2 juz amma dan perkataan anggota badan dalam bahasa arab :)
Seronok melihat murid 2 Ibn Razi bermain sambil belajar mengeja sukukata tertutup jawi ;)
Alhamdulillah dini dan sara dari kelas 2 ibnu razi dah mengenal nombor dan perkataan dalam bajasa arab :)
Aktiviti pertandingan mewarna telah diadakan selepas tazkirah 10 minit tentang Rasulullah s.a.w. ini adalah untuk mengajarkan murid-murid untuk mengenali Kekasih Allah, Nabi muhammad S.A.W disamping untuk melahirkan rasa cinta dan mengikut sunnah-sunnahnya, inshaAllah :)
Alhamdulillah semua dah dapat nametag masing-masing :) Seronok semua ye termasuk Mualimahnya sekali ;)
Semoga para pelajar lagi bersemangat dan lebih menjaga penampilan diri ;D
"Praktikal whudu'" bersama anak murid SRI Haluan Insan diadakan.
Sebelum melakukan praktikal whudu',
Mualimah Nadiah menerangkan terlebih dahulu cara-cara berwudhu' dengan betul dan sempurna :)
Semoga Para pelajar dapat mempraktikkanya dimana-mana ketika hendak mengambil wudhu' :D

Aktiviti bertemakan ciptaan Allah :)
Para pelajar diminta cari posisi masing-masing dan lukiskan gambaran alam sekitar apa yang ada disekeliling mereka ;)
Para pelajar mengikut arahan dengan baik dan melakukan dengan penuh minat dan kreatif :D
Semoga para pelajar sentiasa dapat merasai kesyukuran nikmat yang Allah beri melalui ciptaan Allah yang berada disekeliling kita :)

Semoga anak-anak SRI Haluan Insan setiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari dan menjadi murid yang soleh solehah serta cerdik dan cerdas aminnn :)
Semoga Allah redha akan semua usaha kita :)
0 comments:
Post a Comment