Aktiviti Tadika Sepanjang Bulan JANUARI 2018
Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :)
Assalamualaikum w.b.t semua :)
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk
terus menambah amal kebaikan :)
Mari bersama melihat aktiviti anak2 soleh Tadika Haluan Insan Seksyen 3 & Seksyen 9 sepanjang bulan Januari :)
Bermula pada 2 Januari 2018, Tadika Haluan Insan telah beroperasi untuk tahun 2018. Selamat datang diucapkan kepada anak-anak semua terutama sekali kepada anak-anak level 1 :)
Aktiviti orentasi dijalankan selama seminggu untuk tempoh suaikenal dan pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk anak-anak soleh THI :D
Antara aktivitnya adalah berkenal-kenalan, art & craft membuat ayam, aktiviti kolaj buah epal, meronce lego beads dalam tali, koyak kertas mengikut garisan, water colour blowing painting, dan membuat topeng muka :D
Alhamdulillah, semoga anak-anak soleh solehah sentiasa bersemangat untuk datang ke tadika setiap hari :D
Aktiviti minggu seterusnya, anak-anak belajar membuat playdoh sendiri tanpa menggunakan bahan kimia, bermain playdoh bukan sahaja dapat meningkatkan daya kreativiti anak-anak malah dapat menambah kosa kata serta meningkatkan kemahiran komunikasi mereka :) selain itu, bermain playdoh juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak kerana melibatkan menekan, menarik, menguli, menggelek playdoh dan pelbagai lagi aktiviti lain bagi menghasilkan bentuk-bentuk yang diingini :)

![]() |
Membuat satay daripada playdoh :D |
Seterusnya, anak2 membuat art & craft bunga :D
untuk anak-anak level1, ini adalah antara aktiviti2nya :D
Seterusnya, seperti biasa setiap hari rabu anak-anak akan beriadhah :D seronoknya beriadhah, tak sabar anak2 menanti hari rabu minggu kedua pada bulan januari ni. sebab minggu pertama tak dapat bermain, minggu orentasi kannn ;)
Aktiviti seterusnya, kindercooking yang anak-anak sangat seronok sebab boleh makan dan menyediakannya sendiri ;D
Mumtaz anak-anak THI ni, Alhamdulillah :D
Chef soleh solehah membuat roti bakar :D
Untuk bulan januari, aktiviti art & craftnya sangat menarik Subhanallah :)
Terima kasih teacher yang sentiasa bertungkus-lumus mencari idea bernas untuk menjadikan aktiviti lebih menarik dan yang penting anak-anak sentiasa enjoy dan beroleh pengajaran untuk diteladani bersama inshaAllah ;)
1/ Aktivti art & craft Spider Hero & Al-Ankabut - Inspirasi daripada kisah penghijrahan Rasulullah. Labah-labah membantu Rasulullah dalam peristiwa hijrah di gua tsur :)
2/ Aktivti art & craft Ikan Paus - Inspirasi daripada kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun :)
3/ Aktivti art & craft membuat replika gua dan 7 pemuda - Inspirasi daripada kisah pemuda kahfi yang bersembunyi dalam gua untuk menyelamatkan Imannya :)
Alhamdulillah mumtaz :)
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita :D
0 comments:
Post a Comment