Aktiviti Taska Sepanjang Bulan JANUARI 2018

February 04, 2018 MOD THI 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Mari bersama melihat aktiviti anak2 soleh Taska Haluan Insan sepanjang bulan Januari :)

Minggu pertama adalah sesi suai kenal antara anak-anak dan teachers :)
Morning circle time! :D


Aktiviti bertema minggu ini bertemakan Ar-Rahman (Allah Maha Penyayang)
Teachers memperkenalkan anggota badan kepada anak² serta memberitahu kepada anak² Allah swt yang menciptakan mata ,telinga, mulut, hidung & sebagainya :D
Teachers menguji kefahaman anak² dengan membuat aktiviti padanan anggota badan.



Anak-anak toddler 1 bergabung dengan babies buat aktiviti perkembangan fizikal Membaling bola ke dalam bakul :)




Anak toddler 1 membuat aktiviti berjalan atas bubble plastik.
Bertujuan untuk meransang deria rasa anak-anak :D





Aktiviti anak² membuat rama² menggunakan cengkerang :D




Jom kenali huruf Alif :)







Aktiviti Perkembangan Kreativiti dan Estetika :D








Aktiviti untuk toddler 1 and babies.
Tajuk aktiviti : Oh , my apple :) Dalam perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Untuk melatih skill motor halus , untuk mengajar kanak2 tentang warna. Contohnya warna koko , oren , ungu dan biru . Selain itu , kanak2 boleh merangsang deria sentuhan serta penglihatan dengan melihat pelbagai jenis warna :D



Membuat aktiviti bertema art & craft 'wajah saya'.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah teacher mengimbaskan flashcard perkataan yang ada di wajah kita : mata, mulut, hidung, telinga, dahi, dagu dan gigi :D
Teacher mengajar anak² menyebut Allah Ar-Rahman (Allah Maha Penyayang) 
Anak² boleh menyebut anggota² bahagian muka (hidung, mata, mulut dsb) 




Melakukan aktiviti membuat biri² :D
Macam² rupa biri² tu ;)
Its okay, janji anak2 happy & bersemangat nak buat :)






 


Setelah mengenali huruf Alif,  anak² soleh solehah belajar mengenal huruf ba 'ب' :)








anak-anak soleh solehah toddler 1 membuat aktiviti bersama itik-itik comel :)




Anak2 soleh solehah toddler 1 + baby membuat Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik bertema "My little foot apple" Teacher memperkenalkan anak2 dengan warna-warna. Selain itu, teacher juga menggalakkan anak2 menyentuh warna2 menggunakan tapak kaki. Boleh lihat gelagat anak2 yg geli, yang suka bila menyentuh warna :D
Comel sungguh! 





Anak2 soleh solehah toddler 1 buat aktiviti mengenal anggota berpasangan dengan menyebut dalam bahasa melayu dan bahsa arab :D
Tangan : اليد 
Kaki : الرجل
telinga : الأذن
Ainun : العين
Alhamdulillah, mumtaz! 






Aktiviti anak² soleh solehah bertemakan (Ar Rahman - Allah Maha Penyayang) iaitu anggota badan yang berpasangan.
Sebelum aktiviti dijalankan teachers menunjukkan gambar kaki, tangan, mata dan telinga sebagai anggota berpasangan.
Terima kasih Allah kerana menciptakan anggota badan yg berpasangan lagi sempurna. 
Alhamdulillah, mumtaz anak2 toddler 2! 







Anak² soleh solehah THI membuat aktiviti makanan berkhasiat iaitu satay buah-buahan.
Sebelum aktiviti dijalankan teacher memperkenalkan buah-buahan kepada anak² seperti buah epal, anggur dan kiwi.
Teacher memberitahu kepada anak² Allah swt yang menciptakan buah-buahan. Teacher memberitahu tentang khasiat buah-buahan. Teacher bersoal jawab dengan anak² 'siapa suka mkn buah?' 'buah epal rasa apa? dan sebagainya.
Alhamdulillah semua excited sambil buat boleh makan sekali! nyummm² :D



Sekian sahaja aktiviti2 anak-anak soleh solehah Taska Haluan Insan untuk bulan Januari :)
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita semua ;D

You Might Also Like

0 comments: