Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan FEBRUARI 2018

March 01, 2018 MOD THI 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Mari bersama melihat aktiviti anak2 soleh SRI Haluan Insan sepanjang bulan Februari :)

Rutin pagi Jumaat SRI Haluan Insan :)
Berselawat bersama-sama mualimah dan para pelajar. .
Menyemaikan rasa cinta dan rindu pada Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W di dalam Hati :)
Semoga Allah merdhai langkah kecil kita.

Sirah Jumaat hari ini : Kisah Nabi Nuh dan Kapal Bahtera. . 
Para pelajar mendengar dengan penuh bersemangat :)






Para pelajar bersemangat nak buat yang terbaik :D







“Orang terbaik di antara kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya”
[HR. al Bukhari dari Utsman bin Affan r.a]
Hadits di atas menjelaskan kepada kita betapa mulianya derajat orang yang mempelajari dan mengajarkan Al Qur’an, yakni sebagai orang terbaik. Oleh karena itu, apabila kita (para orang tua muslim) menghendaki anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah , sudah selayaknya kita memberikan pelajaran “Al Qur’an” sebagai pelajaran ”pertama” dan “utama” kepada anak-anak kita :)

Setelah selesai Doa Dhuha.
Para pelajar bersama - sama membaca sambil menghafal doa pelindung dari fitnah dajjal.
InshaAllah semoga sama - sama kita istiqamah dan membuat sedikit demi sedikit persediaan sebagai bekalan untuk akhirat inshaAllah.
Semoga Allah permudahkan dan membantu kita :)
Salah satu persediaan untuk kita menghadapi dajjal adalah
● Meminta perlindungan kepada Allah daripada fitnah Dajjal
Di dalam hadis daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda, “Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud (dalam solat) hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat perkara dan berdoa, ‘Allahumma inni a’uudzubika min adzaabi jahannama, Wamin adzaabil qabri, Wamin fitnatil mahyaa wal mamati, Waminsyarri fitnatil masiihid Dajjal. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari seksa neraka jahanam dan seksa kubur dan fitnah kehidupan dankematian serta keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal).” (HR Muslim)
Doa ini kena hafal dan dibaca selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam. Para ulama berpendapat perkataan ‘hendaklah ia’ adalah perintah. Di dalam usul fiqah perkataan ‘hendaklah’ adalah perintah, apabila disebut perintah maka ertinya wajib. Maksudnya, wajib bagi kita untuk menghafal doa itu dan membacanya di dalam solat sebelum memberi salam. Hendaklah di situ hukumnya wajib dan tidak ada yang menunjukkan bahawa hukumnya sunat mengikut kaedah usul fiqah.
Kecuali ada kaedah yang menurunkan hukumnya seperti di dalam hadi ini, “Hendaklah kamu sembahyang sebelum Maghrib bagi sesiapa yang mahu.” Di dalam hadis itu memang dikatakan hendaklah tetapi di akhirnya disebut pengecualian bagi sesiapa yang mahu. Di sini perintah ‘hendaklah’ itu tidak menjadi wajib tetapi menjadi sunaat muakad. Kalau di dalam hadis pertama tadi iaitu ‘hendaklah ia memohon perlindungan’, tidak ada hadis lain yang mengatakan bahawa jika hendak dilakukan, jika tidak mahu tidak mengapa.
Yang pentingnya cubalah menghafal doa itu walaupun tidak boleh melakukannya dengan cepat buatlah perlahan-lahan. Jika tidak dapat di dalam bahasa Arab di dalam hati sekurang-kurangnya mintalah doa dengan makna bahasa Melayu. Kemudian cuba menghafal pula di dalam bahasa Arab.

Alhamdulillah. Nur dini Wafa dan Sara shauqina dari kelas 2 Ibn Razi sudah menghafaz
surah Al-kahfi ayat 1-10 :)
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya. InshaAllah :D

Sesi Soal jawab daripada kisah Nabi Musa :)
Masing -masing memikirkan pengajaran daripada kisah Nabi Musa.
Alhamdulillah persoalan dapat dijawab oleh Sara dan Dini dari kelas 2 Ibn Razi :)
Banyak pengajaran yang boleh kitq dapat daripada kisah Nabi Musa a.s.
Antaranya :-
1)Bertawakkal menyerahkan 100% kepercayaan kepada Allah.
2)Berani mengatakan kebenaran menegakkan agama Allah.
3)Takutkan Allah lebih dari manusia.
4)Allah Maha Kuasa diabtas segala sesuatu.
Banyak lagi pengajaran yang boleh kita dapat sebenarnya berdasakan kisah Nabi Musa ni. .
Yang tak dapat jawab tidak mengapa.
Yang penting ingat dan faham sirah yang diceritakan :D

Aktiviti bertemakan : Allah maha Melihat
Murid diberi 5 minit untuk melihat dan amati betul-betul bersekitaran dan alam semula jadi yang Allah cipta.
Kemudian, diberi arahan untuk melukis tanpa melihat.
Para pelajar bersungguh - sungguh nak jaga amanah untuk tidak lihat ketika melukis.
Ada yang buka mata dan ada juga yang tidak.
Alhamdulillah bagi pelajar pandai jaga amanah dengan baik. Allah maha melihat tau~ :)



Sungguh betapa besarnya nikmat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala anugerahkan kepada kita,
dan salah satu nikmat tersebut ialah nikmat penglihatan.
Mungkin kerana kita tidak dilahirkan dalam keadaan buta, maka amat sukar bagi kita untuk merasakan dan menyedarinya.
Cuba bayangkan bagaimana jika ujian tersebut menimpa diri kita? Tentunya kita tidak akan boleh membaca, menulis, Melihat ciptaan Allah dan sebagainya. 
Sungguh manusia akan baru hendak rasa syukurnya apabila nikmat itu dicabut darinya.
Orang akan bersyukur terhadap nikmat melihat apabila ia terkena musibah berkaitan dengan matanya, dan orang akan mensyukuri nikmat waktu luang (yang dimilikinya) jika apabila dia sedang terhimpit dalam waktunya. .
Ingatlah 5 perakar sebelum 5 perkara :
Muda sebelum Tua
Sihat sebelum Sakit
Kaya sebelum Sakit
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum Mati

You Might Also Like

0 comments: