Aktiviti Tadika Sepanjang Bulan FEBRUARI 2018

March 01, 2018 MOD THI 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Mari bersama melihat aktiviti anak2 soleh Tadika Haluan Insan sepanjang bulan Februari :)


Anak2 soleh solehah THI9 buat projek membuat kapal Nabi Nuh AS.
Moga ada ibrah yang boleh kita ambil dari kisah Nabi Nuh AS. Kenalkanlah anak2 kita dengan kisah2 Nabi yang mana kisah2 Nabi ini banyak pengajaran dan hikmah yang boleh diterapkan kepada anak2. Moga dgn usaha kita memperkenalkan anak2 dgn kisah Nabi, kita mendapat tempias barakah dan syafaat para anbiya' di akhirat kelak. Amin, Allahumma Amin :)
Anak2 gembira dan excited untuk membuat bahtera nabi Nuh AS.
Alhamdulillah! 







Aktiviti riadhah pada setiap hari rabu :)
Seronok anak-anak soleh solehah bermain yeee ;)
























Alhamdulillah, anak2 soleh solehah THI3 membuat aktiviti art & craft bertemakan DIRI SAYA
Anak2 ditekankan dengan tujuan kita diciptakan iaitu untuk berubudiyah ( beribadah) kepada Allah 
وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون
" TIDAK AKU MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADA KU "
[ AZ - ZARIYAT : 56]
Alhamdulillah, mumtaz! 







Anak soleh solehah THI9 membuat art and craft :) Berdasarkan kisah Nabi Ibrahim A.S dan burung pipit :D
Sebelum itu, anak2 yang dipilih akan menceritakan semula kisah Nabi Ibrahim dengan burung pipit.
Alhamdulillah, mumtaz! :D









Aktiviti anak-anak di tadika hari ini adalah melukis anggota badan & minta mereka ceritakan semula apa yang mereka lukis :D
Kemudian, teacher akan tanya mereka siapa yang menciptakan kita dan apa tujuan nya :)
Alhamdulillah, mumtaz !



Aktiviti art and craft anak-anak adalah berkaitan dengan kisah Nabi Ibrahim :)
Anak-anak membuat origami kapak sebagai inspirasi daripada Nabi Ibrahim menggunakan kapak untuk menghancurkan berhala yang di sembah oleh Raja Namrud dan pengikut-pengikutnya.
Alhamdulillah, mumtaz!
Semoga kita sama-sama dapat mengambil ibrah daripada setiap sirah-sirah para Anbiya' :)


Selamat Hari lahir buat Afeef Zuhaily yang ke-5 tahun :D😍 Teacher doakan afeef berjaya dunia dan akhirat, selalu menjadi anak soleh dan penyejuk hati ibu dan ayah ;D Semoga berjaya juga untuk memperjuangkan Islam suatu hari nanti ;)



Anak2 soleh THI9 buat projek membuat telaga inspirasi daripada Kisah Nabi Yusuf yang dibuang ke dalam telaga.
Semoga kita sama2 mendapat ibrah :)











You Might Also Like

0 comments: