Aktiviti Tadika Sepanjang Bulan MAC 2018

April 02, 2018 MOD THI 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Bulan Mac sudah tiba,
jom tengok aktiviti anak soleh kita :D

Anak-anak soleh solehah THI bergotong-royong di dalam kawasan tadika :)

Tujuan aktiviti ini di jalankan adalah untuk menanamkan sifat sentiasa menjaga kebersihan di sekitar kita, supaya anak-anak sentiasa ringan tulang untuk menolong ibu bapa di rumah & menolong teacher di sekolah :D

Anak-anak semua happy sangat dengan aktiviti ini walaupun hanya menggunakan gunting untuk membuang rumput2 panjang, sehingga ada yang tak nak masuk dalam ;)






Sanah Helwah anak soleh, Saad Abi Waqqas :)
Moga menjadi pejuang agama seperti namamu, 
Moga menjadi hamba yg taat,
Moga menjadi penyejuk buat ibu dan ayahmu,
Terima kasih ibu ayah saad beri buku buat anak2 THI9 :D
Semoga Allah merahmati :) 



Anak-anak soleh solehah THI9 buat aktiviti "sebarkan salam" di sekitar taman Tasik Cempaka :)
Beriadhah sambil beri salam.

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:


أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : أيُّ الإسلامِ خيرٌ ؟ قال : تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ
Maksudnya: “Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [Riwayat al-Bukhari (11), (27), (5767) Dan Riwayat Muslim (56)]
Alhamdulillah anak2, mumtaz!









Art & craft ulat comel hanya menggunakan dulang telur sebagai asas. Aktiviti ini juga dapat tajamkan skil motor halus dan koordinasi mata-tangan.

Walaupun ulat makhluk Allah yg kelihatan kecil tetapi disebalik ulat kecil ini pun sentiasa berzikir kepada Allah ape tah lagi kita hamba Allah yg diciptakan sempurna ;)




Anak-2 buat aktiviti outdoor membersihkan kawasan sekolah, kawasan lot tadika bersama-sama kawan-kawan dan teachers 
Happy sungguh noh bawak kutip sampah je pun. Bersemangat, sampai dpt kumpul 4 plastik, hehe  Teacher tak umpan apa-2 ni. Alhamdulillah.
Semoga dengan berjalannya aktiviti pada hari ini dapat memupuk rasa cintakan kebersihan, bekrjasama, merendah diri dan semangat berkumpulan, amin.
Islam juga menitik beratkan aspek kebersihan.
'kebersihan itu sebahagian daripada iman'.
Semoga juga aktiviti pada hari ini dpt memberi input pentingnya kebersihan dalam islam dan kehidupan pada anak-2. Inshaallah.







Sanah Helwah Al-Fateh :)
Semoga selalu menjadi anak soleh penyejuk mata ummi dan ayah. Semoga akhlakmu semulia namamu Aminn ya Rabb.
Syukran ummi dan ayah Al-Fateh adakan jamuan untuk anak-anak THI9 sempena hari lahir Al-Fateh.
Semoga Allah merahmati :)


Ayuh beriadhah bersama :)







 Anak2 buat art and craft kepala gajah ;)

Al-Fil kisah kekalahan tentera Abrahah.
TAHUN kelahiran Nabi Muhammad SAW dikenal dengan nama Tahun Gajah. Dinamakan demikian kerana pada tahun tersebut terjadi peristiwa besar, iaitu penyerangan pasukan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, gabenor Yaman ke Kota Mekah dengan tujuan menghancurkan Kaabah.






DIY frame bersempena tema KELUARGA SAYA :)
Tugasan untuk anak2 adalah : meletakkan gambar family pada frame tersebut ;)







Selepas aktiviti bergotong royong, anak-anak soleh THI3 bersantai-santai dalam menikmati syurga mereka :)



Aktiviti art & craft pada hari ini ialah membuat makhluk Allah yang paling comel seperti wali-wali comel THI iaitu membuat ladybug ;)






Hari prestasi Semester 1 Tadika Haluan Insan Seksyen 3 dan Seksyen 9 :)

Berjalan dengan lancar atas kehendakNya, Alhamdulillah :)
Jazakumullahu khairan kathira kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri, semoga Allah merahmati usaha kita :D


Terima kasih juga atas segala cadangan dan komen yang telah diberikan dalam borang penilaian, InshaAllah pihak Haluan Insan akan berusaha untuk menambahbaik segala kekurangan biidznillah :)

 
















Semoga Allah merahmati usaha kita :)


You Might Also Like

0 comments: