Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan APRIL 2018

May 02, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Mari bersama melihat aktiviti pelajar soleh solehah SRI Haluan Insan sepanjang bulan April :)


Pada 1 April, pelajar SRI haluan insan membuat aktiviti " Mentadabbur Al Qur'an "
Al-Quran sesungguhnya merupakan kitab yang mempunyai petunjuk untuk hidup di alam dunia. Dengan menggunakan petunjuk itulah, kita diminta oleh Allah SWT untuk beribadah kepada-Nya.
Ibadah Secara keseluruhanya, bukan terbatas pada ruang lingkup ritua, tetapi seluruh aplikasi kehidupan manusia sesungguhnya sebahagian dari ibadah.
Tanpa menggunakan petunjuk itu, maka apapun yang kita niatkan sebagai ibadah akan sia-sia.
Maka selayaknya sebagai muslim, kita bukan sekedar hanya membaca Al-Quran sebagai keperluan ibadah, tetapi lebih dari itu, seharusnya kita mempelajari maknanya, mendalami maksud isinya, serta pengimplimentasikan perintah-perintah yang ada di dalamnya menjadi suatu tindakan yang nyata .. inshaALLAH..
Pada minggu ini sama-sama kita mentadabbur : Surah Ar Rahman
Pembukaan majlis dimulai dengan bacaa Surah Ar Rahman dari ayat 1 hingga 10 oleh pelajar tahun 2 Ibn Razi iaitu Sara shauqina dan juga Nur Dini Wafa :)

Pelajar diminta menyenaraikan Nikmat yang diatas muka bumi ini yang paling besar bagi mereka ;)
Biasalah budak-budak, hasilnya memang seperti apa yang Mualimah bayangkan hehe ..
Ada yang kata Rumah..Duit..Kereta macam - macam2 lagi ;P
Perlukan penerangan yang segera ni..
Sebenarnya apa Nikmat terbesar yang perlu kita menitikberatkan ?
Kenikmatan Terbesar:
Jika kesempurnaan nikmat adalah ketika manusia masuk surga, maka puncak kenikmatan adalah meraih kerelaan Allah swt :)






Kelas 2 Ibnu Razi belajar tentang warna-warna di dalam bahasa Arab :)
Nama - nama warna di dalam Bahasa Arab dari sudut muzakkar dan mu'annas 
Apa itu muzakkar dan mu'annas ?
Dalam Bahasa Arab, isim terbahagi kepada 2 jenis : iaitu
" isim muzakkar (اسم المذكر) " dan " isim mu'annas (اسم المؤنث) ".
Isim muzakkar ialah setiap kata nama yang menunjukkan lelaki/jantan. Manakala isim mu'annas pula ialah kata nama yang menunjukkan perempuan/betina.
Untuk mengenali atau membezakan isim muzakkar dan isim mu'annas ini ialah :
Dengan melihat kepada huruf ta' marbutah (تاء مربوطة) yang terdapat di hujung perkataan. Setiap isim (kata nama) yang berakhir dengan huruf ta' marbutah, ianya adalah isim muannas . selain itu, perkataan yang mempunyai hamzah dihujungnya juga adalah mu'annas :)

Seterusnya, sesi soal jawab ayat hafazan bersama kelas 2 Ibn Razi :)
Bila pelajar2 yang yakin betul dah hafal ni, kena uji sikit hafalanya :)
inshaAllah, semoga hafalan ini dapat memberi manfaat kepada mereka pada masa akan datang :)

Alhamdulillah persembahan dari pelajar kami di Tadika Haluan Insan seksyen 3 berjalan lancar ..
Semua pelajar bersemangat tanpa rasa gementar :)
Semoga menjadi contoh kepada adik-adik yang melihat.
terima kasih kepada Tadika Haluan Insan kerana memberikan kerjasama dengn baik.
semoga Allah berkati segala urusan kita :)




Buat pertama kalinya Sri Haluan Insan membuat hari sukan ;D
Alhamdulillah .. segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah ..
Para pelajar begitu bersemangat dan menggunakan sepenuh tenaga ketika bersukan ..
Bila badan sihat otak pun cerdas ! Nak belajar pun seronok ;D !










Alhamdlulillah, terima kasih Allah :)

You Might Also Like

0 comments: