Aktiviti Tadika Sepanjang Bulan APRIL 2018

May 02, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Bulan April sudah tiba,
jom tengok aktiviti anak soleh kita :D

Bermulanya 2 April, Hari Prestasi 1 telah berjalan di Tadika Haluan Insan Seksyen 3 dan Seksyen 9 :)

Alhamdulillah, jazakumullah khairan kathira kepada semua ibubapa yang meluangkan masa untuk menghadirkan diri :)

Terima kasih juga atas segala cadangan dan komen yang telah diberikan dalam borang penilaian, InshaAllah pihak Haluan Insan akan berusaha untuk menambahbaik segala kekurangan biidznillah :)








Anak2 THI3 membuat aktiviti art n craft untuk memahirkan motor skill dengan membuat aktiviti capan.
Aktiviti ini bertujuan untuk membina otot tangan dan jari, agar anak2 dapat memegang pensel dengan betul.
Selain itu aktiviti ini juga dapat membina koordinasi mata, jari dan tangan :)





Tema untuk minggu ini adalah haiwan ;)
Jadi teacher memilih ular untuk aktiviti hari ini ;D
kenapa pilih ular ye?

Teacher pilih ular sempena mengingati kisah tentang kasihnya Saidina Abu Bakar terhadap Nabi Muhammad SAW ;)

Kisah ini menceritakan tentang Saidina Abu Bakar dipatuk ular untuk mengelakkan daripada mengganggu Nabi Muhammad SAW yang sedang berehat.
Saidina Abu Bakar sanggup menahan ular itu dengan tubuhnya kerana tidak mahu Nabi Muhammad SAW terjaga dari tidur.
Baginda ketika itu sedang berehat di riba Saidina Abu Bakar.
Adakah lagi manusia yang mampu mencintai Nabi Muhammad SAW seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq? Mampukah kita?
Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Cintailah Rasullullah S.A.W dengan sepenuh hati kita. Mampu tidak mampu itu kita tidak tahu. Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah S.W.T. Semoga kita beroleh syafaat Rasulullah di Padang Mahsyar kelak. InsyaAllah :)




Kinder Cooking Time!
Setiap anak-anak di beri satu genggam doh dan diminta menguli doh tersebut supaya menjadi bentuk nombor :)
Setelah siap, nombor² tersebut akan digoreng & anak-anak boleh menikmati donut nombor yang telah mereka buat ;)
Alhamdulillah, Anak-anak semua happy & excited dengan aktiviti ini kerana mereka dapat hasilkan donut nombor mengikuti kreativiti mereka sendiri :D
Bermain dengan doh melibatkan penggunaan otot-otot halus pada bahagian jari tangan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran koordinasi mata dengan tangan :D

Kepentingan permainan doh untuk perkembangan kanak-kanak ialah :-
1- Memberi kebebasan dan peluang untuk berfikiran kreatif dan kritis
2- Memperkembangkan daya kreativiti dan imaginasi mereka
3- Menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka 




Hari Sukaneka yang dinantikan telah tiba! :)
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar atas hendakNya :)











Alhamdulillah, syukran ya Allah :)
Semoga Allah redha akan semua usaha kita aminn :)



You Might Also Like

0 comments: