Aktiviti Taska Sepanjang Bulan APRIL 2018

May 02, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom sama2 kita ikuti aktiviti anak2 soleh solehah Taska Haluan Insan pada bulan April :)

Anak² soleh solehah toddlers 1 membuat aktiviti berkenaan deria iaitu deria mata untuk melihat :)
Sebelum aktiviti dijalankan teacher membuat morning circle bersama anak² serta selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W :D 
Seterusnya, teacher menunjukkan flash card bergambar kepada anak-anak.

Alhamdulillah mumtaz! :)





Anak² soleh solehah toddlers 1 membuat aktiviti gosok gigi bersama teachers :D



Anak-anak Toddler2 diberi pendedahan tentang penglihatan iaitu mata yang dianugerahkan oleh Allah :)

Antara contohnya adalah teacher bertanya siapa yang menciptakan bunga dan tumbuh-tumbuhan? dan teacher mengajak anak-anak bersyukur kepada Allah di atas pemberian yang tidak terhingga ini :)



Seronoknya anak2 soleh solehah Taska Haluan Insan :)
Hari ini ada doktor gigi datang ke taska untuk memberi penerangan tentang penjagaan gigi, mengajar cara menggosok gigi dengan betul, dan membuat pemeriksaan gigi anak2 :)

https://www.facebook.com/taskahaluaninsan/videos/1724340637605069/

Anak2 toddler 2 buat aktiviti menconteng atas kertas.
Teacher juga menerangkan siapa yang mencipta tangan manusia iaitu Allah s.w.t
Anak2 berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana memberi kedua tangan ini :)






Anak2 soleh dan solehah buat aktiviti Rain is wonderful. 
Sebelum melakukan aktiviti, teacher memberitahu kepada anak2 bahawa Allah yang menjadikan awan dan turunkan air hujan ke muka bumi. 
Terima kasih Allah :)

Teacher juga mengajak anak2 menyebut Subhanallah (Maha suci Allah, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan Allahuakbar ( Allah maha besar) :)




Hari ni anak2 toddler 2 buat aktiviti mengutip patung kemudian letak dalam bakul :)
Tujuannya anak2 lebih fokus untuk mendengar arahan tambah-tambah lagi jika teacher suruh clean up clean up, everybody please clean up :)







Anak-anak membuat aktiviti merasa buah dan honeystar.
Rasa masam dan manis :)
Disamping itu teacher mengajak anak-anak bersyukur keatas pemberian Allah yang tidak terhingga iaitu pemberian lidah kepada kita :)
Selain dari untuk merasa makanan yang lazat, tujuan utama lidah dianugerahkan kepada kita juga adalah untuk sentiasa bersyukur dan berzikir kepadaNya (Allah) :)







Anak2 toddler 1 membuat aktiviti count numbers 1-3 :)
Alhamdulillah mumtaz :D




Anak-anak membuat aktiviti berkenaan perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran iaitu mendengar bunyi :)
Teacher mengajak anak-anak supaya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberi telinga yang sempurna, tidak cacat dan tidak pekak, Alhamdulillah ya Allah ;)





Alhamdulillah, terima kasih Allah :)
Semoga Allah redha akan usaha kita :)




You Might Also Like

0 comments: