Jom Jadikan Anak Kita Seorang Hafiz

May 30, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Ibu-ibu yg dimulia Allah swt...
Jadikan anak kita hafiz quran boleh bagi syafaat untuk keluarkan 10 orang ahli keluarga dari neraka. Inilah kejayaan akhirat.
Saya tak melarang ibu-ibu untuk majukan anak-anak dalam bidang keduniaan tapi letaklah akhirat di depan kita sentiasa.
Jangan sampai di akhirat nanti anak-anak kita akan mencekik leher-leher kita dan bawa di hadapan Allah dan bagitau Allah, ‘tanyalah pada ibu aku ini kenapa aku jadi macam ini’. Tidak menjadikan anak-anak kita orang beragama adalah zalim.
Kita diminta untuk keluar di jalan Allah untuk bina kehidupan.
Hari ni, wanita yang dah keluar di jalan Allah pun tak hidupkan 5 amal di rumah mereka. Kita lahirkan perasaan tanggungjawab dalam kehidupan kita. Kita nak jadi ahli syurga.
Kita nak jadi orang yang memberi kesedaran agama pada kehidupan anak-anak kita. Siapa yang telah menyembelih sunnah dalam kehidupan anak-anak kita? Siapa yang bagi pakai pada anak-anak pakaian yang berfesyen fesyen?
Siapa yang bawa kehidupan bathil dalam kehidupan anak-anak kita? Ini semua dari ibubapa yang mendidik mereka.
Bila dari kecil lagi anak-anak dijauhkan dari sunnah, maka bila besar semakin jauh dari kehidupan sunnah.
Bila anak-anak kita dari kecil putus hubungan dengan masjid, adakah bila besar nanti akan jadi ahli masjid?
Kitalah yang merosakkan muasyarat anak-anak kita. Kasihanilah anak-anak kita.
Tabligh bukan namanya takrir/bercakap. Kehidupan dalam rumah mestilah kehidupan islam. Tak boleh sama dengan kehidupan diluar yang bathil.
3 perkara yang nabi bagitahu kehidupan di rumah
Kehidupan orang islam di rumah adalah kehidupan masjid
Kehidupan orang islam di rumah adalah kehidupan madrasah.
Kehidupan orang islam di rumah adalah kehidupan qanaah
Bila dalam rumah ada orang bentang sejadah, ada yang ambil air wuduk, ada yang bermiswak, suasana di rumah jadi macam masjid
Bila dalam rumah ada orang baca taklim, kalam Allah, kalam rasul, suasana di rumah jadi macam madrasah
Bila dalam rumah ada orang berzikir, bertasbih, bertilawah, suasana di rumah jadi macam kanqah, tempat islah diri...
Bathil telah menukar keadaan rumah tangga kita. Segala kekotoran yahudi dan nasrani telah masuk dalam rumah kita. Sehingga anak-anak kita baca benda benda yang lain dulu kemudian baru baca quran.
Hari ni ibubapa bangga anak-anak pandai main handphone. Kitalah yang mengajar anak kita menyibukkan diri dengan handphone. Dari kecil lagi telah ditanamkan keburukan dalam fikiran mereka.
Dan kita mengharapkan anak kita jadi orang yang beragama. Zuriat yang rosak tidak akan berkekalan.
Jadilah orang yang ambil tanggungjawab seluruh dunia dan dalam rumahtangga juga. Jangan jadi orang yang ambil tanggungjawab seluruh dunia tapi lalai dalam tanggungjawab dalam rumahtangga.
Jangan jadi orang yang melahirkan anak dan jadi perosak pada agama. Kalau anak tak makan, ibu akan rasa gelisah. Kalau anak tak ke sekolah, ibu akan rasa gelisah. Kalau anak tak buat homework, ibu akan rasa gelisah.
Tetapi anak tak ke masjid, tidak solat berjemaah dan lebih teruk lagi, tinggalkan solat, tiada ibu yang gelisah. Kehidupan anak tak mengikuti sunnah, tiada ibu yang gelisah. Macam mana nak tunjuk muka kita depan nabi s.a.w di akhirat nanti.
Kemana fikir kita hari ni? Orang yahudi jadikan anak anak mereka yahudi. Orang orang nasrani jadikan anak anak mereka nasrani. Orang musyrik jadikan anak anak mereka musyrik.
Adakah kita jadikan anak-anak kita orang beragama? Adakah kita lahirkan keinginan untuk amalkan sunnah dalam hati anak-anak kita? Pernahkah kita ceritakan syurga dan neraka di hadapan anak anak kita? Adakah kita ajak anak-anak kita duduk dalam halaqah taklim di rumah kita? Adakah mereka takut dengan Allah?
Kalau dah pernah keluar jalan Allah tak datang fikir ini, apakah malangnya nasib kita.
Nabi s.a.w bagitahu ada 2 cara kehidupan untuk jaga muasyarat kita:
Perasaan malu
Hidup sederhana
Perasaan malu adalah sebahagian dari iman
Orang yang tak malu dengan Allah dan rasul, apakah mereka akan malu dengan makhluk lain? Dalam malu ada ketaatan. Tanpa malu ketaatan akan hilang.
Dalam kehidupan kita bawa sifat kesederhanaan. Bawa kehidupan sunnah.
Dalam muasyarat ada malu. Tapi bathil telah masuk dalam rumah kita dan hilangkan perasaan malu dari rumah kita.
Siapa sedia yakin dengan janji Allah swt...
Copy and Paste.
Ayuh sebarkan!

You Might Also Like

0 comments: