Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan JULAI 2018

July 31, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti anak2 soleh solehah kita pada bulan Julai :D


Alhamdulillah, Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri 1439h Haluan Insan telah berjalan dengan lancar biidznillah :)
Jazakumullahu Khairan Kathira kepada para ibubapa yang hadir untuk menceriakan lagi majlis kami :D


Semoga Allah redha akan usaha kita untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama kita ;)








kelas 1 Ibnu sina riuh disebabkan kesungguhan nak buat jam ni x)
Pelajaran Bahasa Arab Belajar sambil membuat aktiviti berkenaan waktu ,
iaitu " الساعة " :)

Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan masa ..
Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula.
Itulah asbabnya masa ini terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.
As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan,
“Masa adalah sebuah kehidupan.
Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.
Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana.
Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui.
Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.



kelas 1 Ibnu sina bermain kuiz meneka dan sambil belajar membentuk nombor didalam Bahasa Arab menggunakan gula - gula :)
Alhamdulillah semua seronok dan bersemangat ;)
InshaAllah semoga Allah permudahkan jalan kita dalam menuntut ilmu dan meradhai setiap usaha :)


Alhamdulillah .. Riuh suasana Sri Haluan Insan dengan bacaan Solat Sunat Dhuha dari para pelajar :)
Semoga kita sentiasa istiqamah melakukan sesuatu ibadah dalam mencari redha Allah :D

Amalan solat dhuha sudah menjadi kelaziman harian dalam masyarakat Islam hari ini. :D
Rata-rata mereka yang istiqamah melazimi ibadah sunnah ini kerana beriman dengan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW mengenai kelebihan solat dhuha yang banyaknya menyentuh bab dipermudahkan rezeki.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Kekasihku , Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam – mewasiatkan tiga hal padaku:
berpuasa tiga hari setiap bulannya, melaksanakan solat dhuha dua raka’at dan solat witir sebelum tidur.”
(Muttafaq ‘alaih)
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah tersebut jelas, solat sunat Dhuha adalah antara amalan sunnah yang tidak boleh diambil mudah akan kebesaran fadhilatnya.
Malangnya, masih ramai yang beranggapan bahawa manfaat solat dhuha hanyalah terhad sekadar kepada ‘pembuka rezeki’.
Berikut merupakan kelebihan dan keutamaan solat dhuha berpandukan kepada hadis-hadis Nabi Muhammad SAW :
#1 Diberi Pahala Sedekah
Solat dhuha merupakan cara paling ‘murah’ untuk mendapatkan pahala bersedekah. Begitu indahnya ajaran Islam, sehingga hampir tiada alasan untuk seseorang itu untuk tidak melalukan amal soleh. Semuanya ditunjukkan cara.
#2 Tergolong Dalam Kalangan Orang Yang Bertaubat
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha dia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Allah swt.
“Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”
(HR Hakim)
#3 Pintu Rezeki Dibuka Seluas-Luasnya
Kebiasaannya fadhilat inilah yang sering menjadi tumpuan mereka yang sering melaksanakan solat dhuha. Sekalipun tidak salah, seharusnya bukan hanya semata-mata fadhilat ini yang dikejar.
#4 Berpahala Seperti Mengerjakan Umrah
“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”
(Sahih Al-Targhib: 673)
#5 Disediakan Sebuah Rumah Di Syurga
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
(Sahih al-Jami’: 634)
Begitulah sedikit sebanyak fadhilat dan keutamaan solat dhuha yang dijelaskan oleh Rasulullah melalui sabda Baginda.
Ternyata selain ‘murah rezeki’ banyak lagi kelebihan-kelebihan lain yang tidak seharusnya kita abaikan.
Tiada lagi rahsia solat Dhuha yang tidak disingkap hadis Nabi Muhammad SAW.
Tinggal lagi kita sebagai umat yang mengaku cinta dan ingin bersama Baginda di akhirat kelak, terus istiqamah mengamalkan sunnah yang sangat dituntut ini.




Semoga Allah redha :)

You Might Also Like

0 comments: