Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan OGOS 2018

September 30, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti anak2 soleh solehah kita pada bulan Ogos ;)

Pada 1hb ogos, anak2 mengulang hafazan bersama2 surah yang mereka hafal pada minggu lalu di waktu pagi,
pada sebelah petangnya anak2 menceritakan kembali sirah Khubaib Ibn 'Adi yang telah disampaikan oleh Muallimah Munirah :)
Alhamdulillah, anak2 mampu mengolah kembali sirah yang telah diceritakan mengikut kefahaman anak2 :) 

Seterusnya anak2 membuat aktiviti di luar kelas, Belajar Bahasa Arab sambil bermain :) Anak bermain permainan 'Mencari harta karun' sambil mengenal nombor2 dalam Bahasa Arab :D
Alhamdulillah, anak2 bersemangat! :)

Anak juga ditugaskan untuk membaca hadith perintah menutup aurat untuk sentiasa mengingati kewajipan untuk menutup aurat dan had aurat bagi lelaki dan perempuan :)

Selain itu, anak2 juga membuat aktiviti berkumpulan untuk bermain game "Jawi Challenge", tugasannya adalah pelajar diminta untuk menukarkan perkataan rumi kepada jawi didalam kertas mahjong yang diberikan, aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anak2 dalam menulis jawi disamping memupuk semangat kerjasama dikalangan anak2;)

Seterusnya, anak2 membuat aktiviti berkumpulan untuk belajar tentang nama2 haiwan dalam Bahasa Arab :)

Alhamdulillah mumtaz anak2 ;)





You Might Also Like

0 comments: