Aktiviti Tadika Sepanjang Bulan SEPTEMBER 2018

September 30, 2018 Unknown 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti anak2 soleh solehah kita pada bulan September :D

Pada 7hb September 2018, anak2 soleh solehah Tadika Haluan Insan membuat lawatan ke Petrosains, Aquaria dan Beryl's Chocolate Factory :D

Alhamdulillah, seronok betul anak2 dapat explore macam2 ye di sana :)
Banyak juga benda baru yang dapat anak2 belajar, yang penting anak2 dapat melihat ciptaan Allah yang comel2 belaka :)


















Pada keesokkan harinya, bersamaan hari sabtu, beberapa orang anak2 soleh solehah THI telah mewakilkan diri untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid & Kalam Jama'ie Bahasa Arab Tadika2 Selangor anjuran bersama RJ Muslim Centre & Pertim Selangor di Kompleks PKNS Bangi :)

Walaupun tak mendapat tempat pertama, anak2 telah lakukan sehabis baik Alhamdulillah, teacher feels so proud to all of you! :D






Seterusnya, pada 23 September 2018, Haluan Insan telah melansungkan sebuah Karnival Open Day SRI Haluan Insan & Tadika Haluan Insan di Taman Tasik Cempaka :)

Alhamdulillah wa syukran lillah, majlis berjalan lancar dan mendapat sambutan baik daripada warga Bangi :) Walaupun hujan agak awal pada hari itu, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya buat kami ;)

Jazakumullah khairan kathira kepada semua yang menghadirkan diri dan terus menerus memberi sokongan serta kepercayaan terhadap pihak kami, kami akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi segala kelemahan dan kekurangan.

Mohon maaf juga atas segala kekurangan sepanjang majlis berjalan :)

Semoga Allah sentiasa merahmati dan redha akan segala usaha kita ;)


























You Might Also Like

0 comments: