Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan NOVEMBER 2018

December 17, 2018 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 


Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Jom tengok aktiviti pelajar2 soleh solehah kita pada bulan November ;)

Pelajar2 membuat kindercooking popia goreng bersama Muallimah sempena tema Allah Ar-Razaq Allah Maha Pemberi Rezeki ;)



Seterusnya, aktiviti membuat lukisan "Dunia Imaginasi Kami" setelah diberi perkongsian tentang "Dunia ini milik Allah" :)
Sangat luar biasa imaginasi mereka mashaAllah!






Perkongsian tentang Sultan Muhammad Al-Fateh :)

#1 – Latarbelakang Diri

Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid atau Sultan Muhammad II adalah nama sebenar bagi Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Edirne, Turki dan merupakan putera Sultan Murad II dengan Huma Hatun.

#2 – Gelaran Al-Fateh

Sultan Muhammad II mendapat gelaran ‘Al-Fateh’ (pembukaan), setelah berjaya membuka kota Konstantinople seawal usia 21 tahun (ada pendapat lain mengatakan 19 tahun), sehingga berjaya menghancurkan empayar Rom Byzantine. Bahkan, ketika usianya masih kecil lagi bapanya, Sultan Murad memanggil puteranya itu dengan gelaran ‘Al-Fateh’.

#3 – Menguasai Enam Bahasa

Sultan Muhammad Al-Fateh juga berkebolehan menguasai enam bahasa asing iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin. Ini memberinya peluang untuk dirinya berkomunikasi dengan masyarakat di persekitaran dan sangat disenangi oleh rakyat serta negara-negara lain yang berhubungan dengan Uthmaniyyah ketika itu.

#4 – Didedahkan Dengan Pelbagai Ilmu Sewaktu Kecil

Sewaktu kecil, ibunya sering mendekatkan diri Al-Fateh dengan bacaan buku-buku ilmiah mengenai tokoh-tokoh pahlawan Islam agar anaknya itu mencontohi keperibadian ulama terdahulu. Beliau juga didedahkan kepada ilmu geografi dan wilayah Konstantinople setiap kali selepas solat Subuh, walhal ketika itu Al-Fateh masih lagi kanak-kanak.
Selain itu, beliau juga turut diajarkan ilmu memanah dan peperangan oleh ayahnya.

#5 – Dididik Oleh Guru Yang Hebat

Bapa Sultan Muhammad Al-Fateh telah melantik Syeikh Aq Syamsuddin; seorang ulama hebat daripada keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, juga penasihat kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk menjadi guru kepada Al-Fateh.

#6 – Kuat Beribadah

Hal ini dapat dilihat tatkala beliau ingin memilih tenteranya. Sultan Muhammad Al-Fateh hanya memilih mereka yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak usia baligh. Namun, tiada seorang pun yang tinggal kecuali hanya beliau seorang.

#7 – Raja Atau Sultan Yang Terbaik

“Konstantinople itu akan ditawan oleh tentera Islam. Raja (yang menakluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”(Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Sambutan Maulidur Rasul dan Jamuan Akhir Tahun ;)
Semoga bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W :)










You Might Also Like

0 comments: