Aktiviti SRI Haluan Insan Sepanjang Bulan JANUARI 2019

February 06, 2019 Haluan Insan 0 Comments

Bismillah.
Sollu 'alan Nabi :) 

Assalamualaikum w.b.t semua :)

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Berlalu sudah bulan Januari, bulan permulaan persekolahan untuk pelajar SRI Haluan Insan :)
Jom tengok aktiviti pelajar soleh solehah kita sepanjang bulan Januari ni :D

Hari pertama persekolahan ;)
Macam2 ragam, biasalah hari pertama sekolah kann ;)








Masih dalam minggu orentasi dan suaikenal ;)











Slot heart-setting sebelum sesi persekolahan bermula :)

Kenapa perlu kepada heart-setting?

1. RENEW niat - pergi ke sekolah kerana Allah 
2. Nasihat dan perkongsian daripada Muallimah 
3. CHARGE ENERGY supaya sentiasa semangat untuk pergi ke sekolah! 








Mulakan harimu dengan mengenal Asma Allah :)
Agar keberkatannya berterusan sepanjang hari inshaAllah ;)








Memimpin bacaan doa untuk semua.
Terapkan jiwa kepimpinan dalam diri para pelajar.
Agar mereka merasakan tanggungjawab itu satu amanah yang harus dilakukan kerana Allah dan perlu dijaga dengan sebaiknya inshaAllah :)




Aktiviti pelajaran Akhlak :
Pokok Akhlak Saya :)

Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam hatinya.

Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik apabila baik akhlaknya, sepertimana pokok, apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya.

Apabila rosak akar, maka akan rosaklah pokok dan cabangnya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.” (Al- A’raf: 58)






Slot Al-Quran di Hatiku :)
Tajuk : Siapa sahabat 114 saya? ;)






Slot Qowiyyul Amin :)
Pelajar yang cerdas adalah pelajar yang cergas! :)

Jom warming up dulu!




Mulakan Slot Qowiyyul Amin sesi pagi :)
Tajuk : Gelung Ukhuwah ;)
InshaAllah setiap game terdapat ibrah/pengajaran yang boleh diambil :)










Slot Qowiyyul Amin sesi petang ;)
Tajuk : Buta mata, Celik Hati :)

Para pelajar akan disoal juzu' 30 setiap kali terlanggar yang menghalang jalan ;)
Dengan berbekalkan arahan dari pelajar lain arah jalan yang selamat :)

Ibrah/pengajaran permainan :

- Setiap perjalanan hidup hamba Allah itu pasti akan didatangi ujian yang sesuai dengan kemampuannya
- Berbekalkan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan sahabat setia yang membawa kita lebih mendekati Allah InshaAllah dapat memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya inshaAllah
- Bersabarlah kerana janji Allah itu benar








Aktiviti pelajaran Jawi :
Membentuk huruf jawi menggunakan tanah liat :)

Mengenal huruf sambil mengasah motor skill halus para pelajar 1 Asiah :)







Slot Al-Quran dihatiku : Tadabbur Surah Al-Fajr :)




Mari berwudhu' ikut cara Nabi :)
Mualimah membantu dan memantau para pelajar untuk mengambil wudhu' dengan betul.







Slot Qowiyyul Amin : Istanaku di Syurga :)
Membentuk kumpulan, bincangkan dan lukiskan istana paling indah :)
Bayangkan ianya ganjaran di syurga Allah kelak.





Slot Qolbun Salim : Sirah tentang Abu Ubaidah Al-Jarrah :)





Slot Fattabi'uni (Cinta Nabi) :
Sirah yang menceritakan tentang sejarah keturunan keluarga Nabi Muhammad S.A.W :)

Agar bertambah rasa cinta kita kepada Baginda S.A.W ;)




Aktiviti pelajaran Bahasa Arab :
Pasar SRI Haluan Insan ;)

Semua bersemangat berjual beli di dalam bahasa Arab, pelbagai jualan dijual! ;)





Alhamdulillah, mumtaz mujahid mujahidah SRI Haluan Insan! :D

You Might Also Like

0 comments: